Jari Manusia Dlm Beg Plastik
GOMBAK: Hairan melihat beg plastik putih yang dikerumuni semut, seorang kakitangan Stesen Komuter Kuang, di sini, yang berniat mahu membuangnya terkejut sebaik mendapati beg plastik itu mengandungi beberapa jari tangan manusia, semalam. :o
Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata pihaknya menerima panggilan telefon daripada kakitangan berkenaan yang memaklumkan penemuan itu sebelum sepasukan polis dan forensik dihantar ke tempat kejadian.
“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 10 jari tangan di dalam bungkusan itu. Malah, terdapat pita pelekat berwarna hijau dengan kesan darah dipercayai dililit pada jari sebelum jari itu dipotong.
“Turut ditemui beberapa meter dari tempat penemuan jari ialah sepasang pakaian iaitu sehelai kemeja-T hitam belang putih serta seluar panjang hitam disyaki milik mangsa,” katanya ketika ditemui semalam.
Menurutnya, hasil siasatan awal pihaknya percaya bungkusan dan pakaian itu dibuang dari atas jejantas yang terletak berhampiran.
“Kami percaya suspek naik ke atas jejantas yang menghubungkan pekan Kuang dan Taman Sri Jintan Mas sebelum mencampak bungkusan mengandungi jari itu dan pakaian mangsa. “Malah, hasil pemeriksaan awal forensik mendapati jari itu ditetak suspek serentak X_X dan kejadian berlaku kurang dari 24 jam,” katanya.
Abdul Rahim berkata, pihaknya menghantar semua jari itu kepada sistem Pengenalan Cap Jari Automatik Malaysia (Mafis) untuk mengenal pasti identiti mangsa dan disahkan mangsa kini menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh (HSB), di sini.
Malah, polis turut menahan seorang lelaki yang disyaki suspek kejadian terbabit di Gombak beberapa jam selepas penemuan itu.